Wednesday, April 26, 2017

KU SYUKURI NIKMATMU YA ALLAH.

Hari ini genaplah usiaku 30 tahun. Alhamdulillah. Usia yang boleh dianggap matang dalam menghadapi liku2 hidup. Walaupun pengalaman hidupku masih cetek namun aku pasti aku boleh berkongsi cerita dengan orang lain yang mungkin lebih berpengalaman.
Hari ini jugalah merupakan kali pertama aku menjejakkan kakiku di rumah pusaka arwah ibu dan arwah ayahku yang telah aku tinggalkan sejak 22 tahun yang lalu. Bersama adik2ku Amirah yang ketika itu berusia lima tahun dan Amirul tiga tahun, kami terpaksa meninggalkan kampung halaman kami dan dihantar ke rumah kebajikan. Rumah ini jugalah yang menjadi rebutan antara aku dan Pak Long Ramli, abang sulung arwah ayahku dan adik-beradik ayahku yang lain.

Akibat dari sikap panas baran ayahku yang melampau, ibuku sering menjadi mangsa keganasannya. Ibu pula sentiasa menjadi perisaiku setiap kali ayah mengamuk memarahiku. Seingat aku, ibu langsung tidak pernah melawan atau menentang perangai ayah yang kadang2 bagaikan singa kelaparan tu!!Panas baran ayah menjadi topik perbualan orang2 kampung hampir setiap hari. Ada saja yang tak senang di matanya. Ada saja yg tak sesuai di hatinya. Ada saja orang kampung yang menjadi sasaran  kemarahannya. Orang kampung pun sudah lali dengan perangai ayah. Panas barannya menjadi memuncak bila ada yang menentang.Bila saja mereka nampak api kemarahan ayah sudah marak, cepat2 mereka tinggalkan ayah!!! Alhamdulillah tidak ada antara kami adik beradik yang mewarisi sikap bengis arwah ayahku. Kami bertiga mewarisi perangai ibu yang sentiasa mengalah.

Begitulah yang terjadi pada hari yang penuh tragik itu. Kesalahanku hanyalah meletakkan basikalku di laluan motor ayah di bawah rumah. Mungkin ada perkara yang membuatkan ayah marah sebelum itu dan terbawa2 balik ke rumah. Bila kemarahan ayah sudah memuncak dan tidak terkawal lagi, parang yang ada di tangan ayah dihunuskan ke arah aku. Tatkala itulah sepantas kilat ibu menghalang ayah dari mencederakan aku. Akibatnya, parang ayah tertusuk ke dalam perut ibu. Masih jelas dalam ingatanku waktu itu darah ibu mengalir membasahi lantai dapur. Dalam masa ibu mengerang kesakitan itu, Ibu sempat berpesan agar aku menjaga dan memastikan kebajikan adik2ku. Ibu juga berpesan agar aku tidak menyalahkan ayahku dan tidak berdendam dengannya.
Adik2ku menjerit2 menangis meratapi ibu. tak lama selepas itu, ibuku menghembuskan nafasnya yang  terakhir….inna lillah hiwainna ilia hiro ji’uun!! al-Fatihah buat ibuku.
Ayah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Ayah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama duapuluh dua tahun. Masih jelas terbayang dlm ingatanku betapa setiap kali aku dan adik2ku menziarahi ayah di penjara, ayah menangis dgn seribu penyesalan akan perbuatannya. Menangis memohon maaf dari kami dan juga arwah ibu. Aku tidak pernah berdendam dan menyalahkan ayah. Alhamdulillah…begitu juga dengan adik2ku. Kami sedar dan yakin itu semua adalah takdir Allah SWT dan segala kejadianNYA ada hikmahNYA.

Namun usia ayah tidak panjang. Ayah sering sakit sewaktu dalam penjara. Doktor mengesahkan ayah mengidap penyakit paru2 berair. Mungkin juga disebabkan oleh tabiat ayah yang kuat merokok dulu. Setelah menjalani hukuman selama duabelas tahun, ayah meninggal dunia di dalam penjara… inna lillah hiwainna ilia hiro ji’uun!! al-Fatihah buat ayahku.
Namun aku begitu terkilan tidak dapat menatap wajah ayahku buat kali terakhir kerana ketika itu aku sedang belajar di luar negara. Hanya surat2 dari ayah yang menjadi pengubat rindu. Semasa aku di luar negara, kami tak putus2 mengutus surat bertanyakan khabar masing2. Berjurai2 airmataku bila mendapat panggilan talipon dari warden penjara berita tentang pemergian ayahku.

Amira dan Amirul lebih bernasib baik kerana dijaga dan dibesarkan oleh keluarga angkat yang sungguh baik. Alhamdulillah.

Pak Hj Omar dan Mak Hjh Aminah adalah pasangan suami isteri dlm lingkungan umur empat puluhan ketika mereka mengambil Amirah dan Amirul ketika itu. Mereka bukanlah orang yang mewah tapi segala2nya mencukupi. Alhamdulillah. Allah SWT Maha Adil. DIA tidak memberikan sepenuh rezekiNYA pada hamba2NYA. Ada yang dpat rezeki harta. Ada yang dapat rezeki anak2 yang ramai. Ada yang dapat rezeki kesihatan yang baik yang berpanjangan. Begitu jugalah dengan Pak Hj Omar dan Mak Hjh Aminah. Semuanya mencukupi kecuali zuriat!!!

Amirah ketika itu berusia tujuh tahun dan Amirul empat tahun. Mereka tidak mempunyai cahayamata. Merekalah yang membesarkan Amirah dan Amirul. Merekalah yang mendidik adik2ku sehingga berjaya ke menara gading. Aku memilih untuk tidak tinggal bersama keluarga Pak Hj Omar atas pilihan aku sendiri. Aku lebih senang tinggal di rumah kebajikan. Apa yang penting ketika itu ialah kehidupan yang lebih selesa dan masa depan adik2ku terjamin. Alhamdulillah. Walaupun berjauhan ketika itu, aku sering juga menjenguk adik2ku di rumah Pak Hj Omar. Begitu juga dgn Pak Hj Omar yang setiap bulan pasti akan membawa adik2ku melawat aku di rumah kebajikan. Semasa aku masih di luar negara, mereka jugalah yg selalu membawa adik2ku menziarah ayahku di penjara.

Pak Hj Omar dan Mak Hjh Aminah bagaikan pengganti ibu dan ayahku yg telah pergi. Alhamdulillah…Allah SWT Maha Besar rezeki dan pemberianNYA. Selama tujuh tahun aku di luar negara, Pak Hj Omar tidak pernah putus mengirimkan duit belanja untuk aku walaupun aku mendapat biasiswa penuh. Malah, di hari graduasiku, Pak Hj Omar dan Mak Hjh Aminah hadir bersama2 Amirah dan Amirul!!! ya Allah…ya Rahman….ya Rahim. Dengan bangganya aku perkenalkan kepada kawan2ku mereka adalah keluargaku!!!
Aku tidak tersilap membuat keputusan. Keputusan untuk membenarkan Pak Hj Omar menjadi keluarga angkat kpd adik2ku dan juga keputusan aku utk terus tinggal di rumah kebajikan itu.

Begitu juga dengan adik2ku. Aku berasa bangga dan bersyukur ke hadrat Allah SWT. Amirah kini bakal bergelar doktor pakar kanak2 dan Amirul bakal bergelar pensyarah dalam bidang usuluddin. Aku sendiri pun  sudah hampir tiga tahun menjadi pakar mata di salah sebuah hospital kerajaan. Alhamdulillah. Ini semua adalah berkat doa ibu dan ayahku dan usaha gigih Pak Hj Omar dan Mak Hjh Aminah mendidik dan menjaga kami adik beradik. Aku pasti mereka berdua pun merasa bangga dgn kejayaan kami adik beradik. Syukur Alhamdulillah.
Seperkara yang aku agak terkilan ialah belum ada antara aku, Amirah ataupun Amirul yang sudah berumahtangga yang dapat memberikan cucu pada Pak Hj Omar dan Mak Hjh Aminah. Lebih terkilan lagi ialah Pak Hj Omar telah kembali ke Rahmatullah setahun yang lalu. Sejak pemergian Pak Hj Omar, Mak Hjh Aminah mempelawa aku tinggal dengannya bersama adik2ku yg lain. Memandangkan keadaan Mak Hjh Aminah yang kian uzur, aku tidak menolak pelawaannya. Rumah peninggalan arwah Pak Hj Omar pun mmg lebih dari cukup untuk kami berempat. Alhamdulillah. Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNYA aku tiga beradik diketemukan dengan sepasang suami isteri yang sanggup menjadi “ibu dan ayah” yang berhati mulia yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk mendidik dan membesarkan kami lebih2 lagi adik2ku.

Aku  begitu terharu bila mendapat tahu yang selain dari Mak Hjh Aminah dan pihak Baitulmal, nama Amirah, Amirul dan nama aku juga termasuk dalam wasiat yang ditinggalkan oleh Pak Hj Omar. Ya Allah…besar sungguh sumbangan dan jasa orang tua itu. Hanya Allah SWT sahajalah yang akan membalas segala kebaikannya…in shaa Allah.

Satu kenangan yang paling aku tidak akan lupakan ialah di pagi Aidil Fitri tiga tahun lalu. Waktu itu aku sudah tamat belajar dan baru pulang ke tanahair. Seusai solat dan khutbah Aidil Fitri, Pak Hj Omar bergegas2 nak balik segera ke rumahnya. Tak sabar nak makan ketupat dan rendang isteri bersama2 anak2, katanya!!!
Setiba di rumah, Mak Hjh Aminah sedang duduk di atas  sofa di ruang tamu. Amirah dan Amirul pun ada di sebelah nya. Memang dari dulu lagi aku perhatikan. Kasih sayang Pak Hj Omar dan Mak Hjh Aminah pd Amirah dan Amirul tidak pernah nmpak langsung yang adik2ku itu cuma anak2 angkat. Pernah terjadi, Mak Hjh Aminah memarahi seseorang di pasar kerana orang itu bertanya adakah Amirah dan Amirul itu anak angkatnya. Sejak dari itu, tidak ada seorang pun masyarakat di situ yang berani bertanya perihal status Amirah dan Amirul dengan keluarga Pak Hj Omar dan Mak Hjh Aminah.

Kami berlima pun duduk berdekatan. Pak Hj Omar pun memulakan bicaranya. “Selama ini ayah cuma mendengar panggilan “ayah” dari Amirah dan Amirul sahaja. Belum pernah lagi ayah mendengar panggilan “ayah” yang datang dari mulut kamu, Hakim”!! kata Pak Hj Omar kepadaku.

Aku tergamam. Adik2ku juga tergamam .

Cuma Mak Hjh Aminah yang tersenyum. Senyuman yang menanti apa yang akan aku katakan.
Belum sempat aku bersuara, Mak Hjh Aminah mencelah. “Benar tu Hakim. Ibu pun selama ini hanya mendengar panggilan “ibu” dari Amirah dan Amirul sahaja sedangkan ibu rasa ibu dan ayah ada tiga orang anak. Tiga orang anak yang  menjadi kebanggaan ibu dan ayah. Tiga orang anak yang sentiasa dalam doa ibu dan ayah ini. Tiga orang anak yang tidak pernah sedikit pun engkar dan melukakan hati ibu dan ayah.  Jadi, sebelum kami menutup mata, gembirakanlah dan ceriakanlah hati ibu dan ayah kamu ini”.
Selesai sahaja ucapan Mak Hjh Aminah, airmataku tidak dapat ku tahan lagi. Aku sujud di kaki Mak Hjh Aminah sambil mengucapkan perkataan “ibu”!!!
“Maafkan Hakim, ibu. Maafkan Hakim kalau selama ini Hakim membuatkan ibu dan ayah memendam rasa. Memang Hakim rindu sangat untuk memanggil “ibu” dan “ayah” tp Hakim rasa malu sebab Hakim tidak serapat Amirah dan Amirul dgn ibu dan ayah!!! kataku dalam keadaan terisak2.

“Ibu dan ayah tidak pernah membeza2kan antara Amirah atau Amirul ataupun kamu, Hakim. Kamu bertiga bagaikan zuriat ibu dan ayah sendiri. Kamu bertiga bagaikan darah daging ibu dan ayah. Ibu dan ayah rasa seperti darah kami mengalir dlm tubuh kamu bertiga.  Hanya Allah SWT sahaja yang dapat memisahkan kita. Ibu dan ayah sentiasa bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dianugerahkan anak2 yg begitu baik untuk hidup bersama kami. Alahmdulillah…ibu dan ayah dapat buat yang terbaik untuk kamu bertiga hingga berjaya” jelas Mak Hjh Aminah untuk menenangkan hatiku.
Selesai dengan Mak Hjh Aminah, kini giliran Pak Hj Omar pula. Dengan curahan airmata, aku memeluk orang tua itu dengan ucapan yang sama seperti dengan Mak Hjh Aminah tadi. Tak kurang juga orang tua itu dengan airmatanya. Tanpa ku sedari, Amirah dan Amirul juga menerpa ke arah Mak Hjh Aminah.
“Ibuuuuu….” Amirah dan Amirul bersuara serentak sambil terisak2.
“Maafkan Mirah atas segala kesilapan dan kesalahan Mirah pd ibu. Halalkan makan minum Mirah selama ini. Mira sayangkan ibu dan ayah dunia akhirat. Ibu dan ayah sentiasa dalam doa Mirah. Ibu dan ayah telah mendidik dan membesarkan kami dengan penuh kasih sayang sehingga kami berjaya. kami bersyukur Allah SWT telah menghadiahkan pada kami yang lebih baik setelah DIA mengambil sesuatu yang berharga dari kami”….kata Amirah dalam sedu sedannya. Terus Mak Hjh Aminah mendakap dan mencium dahi Amirah sepuas2nya. Begitu juga dengan Amirul. Dipeluknya seerat2nya.

Kelima2 anak-beranak itu menangis bagaikan meratap kematian seseorang.

“Abang Hakim…. Abang Hakim” Tiba2 ada suara memanggil namaku. Aku tersentak dari lamunan. Siapa pula yang memanggil aku abang ni? Seingat aku, Amirah dan Amirul tidak mengikut aku bersama tadi.

“Jauh termenung tu?? Teringatkan siapa ya?” suara itu terus menyapaku.
Terpacul di ruang tamu rumah usangku sekujur tubuh gadis yang kecil molek. Lalu ku balas…”siapakah ini ya?”
“Memanglah abang takkan ingat atau kenal saya lagi. Saya Lina. Kawan sepermainan Amirah dulu. Abang saya Hashim yang sebaya dengan abang Hakim. Anak kepada Imam Halim” jelas gadis itu. “Abang ingat tak?” tanyanya lagi.
Puas aku cuba mengimbas kembali kenangan2 zaman silamku kalau2 ada yang masih segar dalam memori ingatanku. Memang ada kenangan dengan Hashim tapi bukan dengan gadis yang bernama Lina ini.

Sedang aku berbual2 dengan Lina, tiba2 kedengaran seperti kereta menghampiri rumahku. Memang benar. Bukannya sebuah kereta tetapi dua buah kereta yang datang. Sebuah kereta yang ku kenali ialah kereta Amirah. Amirah datang bersama Amirul dan juga ibuku. Sebuah kereta lagi keluarga Lina rupanya. Hashim yang memandu. Datang bersama Imam Hj Halim dan isterinya, Hjh Fatimah.
Berpelukan aku dengan Hashim. Kemudian dengan Imam Hj Halim.
Aku masih ingat lagi. Imam Hj Halim lah yang telah menguruskan jenazah arwah ibuku dahulu. Dia jugalah yang telah menenangkan arwah ayahku di hari pengkebumian arwah ibuku. Sedang tangannya bergari, arwah ayah menangis dan meraung penuh penyesalan.
Imam Hj Halim jugalah orang yang telah menyelamatkan rumah pusaka ibu dan ayah ini dari ditukar hakmilik ke tangan orang yang tidak berhak. Kini tertunai sudah amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya.
“Hakim, kamu ambillah kembali segala surat2 dan geran tanah yang selama ini aku simpan sebagai pemegang amanah ke atas hak kamu dan adik2 kamu. Ada juga surat berupa wasiat dari arwah ayah kamu di dalam sampul surat itu. Kamu buka dan bacalah nanti di hadapan adik2 kamu dan juga ibu kamu ini.” kata Imam Halim kepadaku. “Seperkara lagi yang perlu engkau tahu ialah tentang arwah ayah kamu Pak Hj Omar tu”. sambungnya lagi.
“Perkara apa tu Imam?” tanyaku dengan penuh hairan. “Sebenarnya, Pak Hj Omar itu ada pertalian saudara dengan aku. Arwah datuk aku dengan arwah datuk Pak Hj Omar tu adalah adik-beradik lain emak. Jadi kami adalah dua pupu” Imam terus bercerita. “Bila saja kamu dihantar  ke rumah kebajikan tu, aku hubungi Pak Hj Omar dan menerangkan cerita sebenarnya pada dia. Arwah bukan sekadar terharu mendengar cerita tentang kamu malah dia bersungguh2 ingin mengambil kamu tiga beradik sebagai anak2 angkatnya. Mak Hj Aminah pun berasa terlalu gembira dan mengikut perancangan Pak Hj Omar. Alhamdulillah. Allah SWT permudahkan segala perancangan arwah. Bersyukurlah kamu semua ke hadrat Illahi yang telah mempertemukan kamu dgn keluarga arwah dan Mak Hj Aminah dan menjadi satu keluarga yang bahagia dan berjaya’’.
Sambung Imam Halim lagi…”Hakim, sudah sampai masanya kamu mengambil alih segala warisan dan peninggalan arwah ayah kamu. Kamu uruskanlah sebaik mungkin. Berpakatlah kamu tiga beradik tentang perancangan kamu seterusnya. In shaa Allah, aku akan tolong yang mana termampu”.

Selesai sahaja Imam Halim bercakap, ibuku pula meyampuk sambil memandang sinis ke arahku. “Seperkara lagi Hakim. Ibu nie dah semakin uzur. Bila lagi ibu nak merasa ada cucu?”
Semua yang ada ketawa gembira. Aku terlihat ibuku memandang Lina dengan penuh senyuman. Begitu juga dengan Imam Halim dan Hjh Fatimah.

Aku faham isihati ibuku. In shaa Allah aku akan tunaikan hasrat ibuku itu. Kalau Lina yang ibuku berkenan, in shaa Allah Lina lah yang akan menjadi menantu ibuku. Selama ini pun aku belum pernah ada teman wanita.
Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…aku bersyukur ke hadratMu Ya Allah yang selama ini memberkati usaha2 kami. yang selama ini merahmati kehidupan kami. Ya Allah…Engkau teguhkanlah dan Engkau kuatkanlah hati2 kami agar kami sentiasa berada di landasan yang Engkau redhai Ya Allah….aamiin. Ya Rabbal Aa’lamiin.




Sekadar cerita rekaan. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment