Hari ini genaplah usiaku 30 tahun. Alhamdulillah. Usia yang
boleh dianggap matang dalam menghadapi liku2 hidup. Walaupun pengalaman hidupku
masih cetek namun aku pasti aku boleh berkongsi cerita dengan orang lain yang
mungkin lebih berpengalaman.
Hari ini jugalah merupakan kali pertama aku menjejakkan
kakiku di rumah pusaka arwah ibu dan arwah ayahku yang telah aku tinggalkan
sejak 22 tahun yang lalu. Bersama adik2ku Amirah yang ketika itu berusia lima tahun
dan Amirul tiga tahun, kami terpaksa meninggalkan kampung halaman kami dan
dihantar ke rumah kebajikan. Rumah ini jugalah yang menjadi rebutan antara aku
dan Pak Long Ramli, abang sulung arwah ayahku dan adik-beradik ayahku yang
lain.
Akibat dari sikap panas baran ayahku yang melampau, ibuku
sering menjadi mangsa keganasannya. Ibu pula sentiasa menjadi perisaiku setiap
kali ayah mengamuk memarahiku. Seingat aku, ibu langsung tidak pernah melawan
atau menentang perangai ayah yang kadang2 bagaikan singa kelaparan tu!!Panas
baran ayah menjadi topik perbualan orang2 kampung hampir setiap hari. Ada saja
yang tak senang di matanya. Ada saja yg tak sesuai di hatinya. Ada saja orang
kampung yang menjadi sasaran kemarahannya. Orang kampung pun sudah lali
dengan perangai ayah. Panas barannya menjadi memuncak bila ada yang
menentang.Bila saja mereka nampak api kemarahan ayah sudah marak, cepat2 mereka
tinggalkan ayah!!! Alhamdulillah tidak ada antara kami adik beradik yang
mewarisi sikap bengis arwah ayahku. Kami bertiga mewarisi perangai ibu yang
sentiasa mengalah.
Begitulah yang terjadi pada hari yang penuh tragik itu.
Kesalahanku hanyalah meletakkan basikalku di laluan motor ayah di bawah rumah.
Mungkin ada perkara yang membuatkan ayah marah sebelum itu dan terbawa2 balik
ke rumah. Bila kemarahan ayah sudah memuncak dan tidak terkawal lagi, parang
yang ada di tangan ayah dihunuskan ke arah aku. Tatkala itulah sepantas kilat
ibu menghalang ayah dari mencederakan aku. Akibatnya, parang ayah tertusuk ke
dalam perut ibu. Masih jelas dalam ingatanku waktu itu darah ibu mengalir
membasahi lantai dapur. Dalam masa ibu mengerang kesakitan itu, Ibu sempat
berpesan agar aku menjaga dan memastikan kebajikan adik2ku. Ibu juga berpesan
agar aku tidak menyalahkan ayahku dan tidak berdendam dengannya.
Adik2ku menjerit2 menangis meratapi ibu. tak lama selepas
itu, ibuku menghembuskan nafasnya yang terakhir….inna lillah hiwainna
ilia hiro ji’uun!! al-Fatihah buat ibuku.
Ayah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Ayah didapati bersalah
dan dijatuhkan hukuman penjara selama duapuluh dua tahun. Masih jelas terbayang
dlm ingatanku betapa setiap kali aku dan adik2ku menziarahi ayah di penjara,
ayah menangis dgn seribu penyesalan akan perbuatannya. Menangis memohon maaf
dari kami dan juga arwah ibu. Aku tidak pernah berdendam dan menyalahkan ayah.
Alhamdulillah…begitu juga dengan adik2ku. Kami sedar dan yakin itu semua adalah
takdir Allah SWT dan segala kejadianNYA ada hikmahNYA.
Namun usia ayah tidak panjang. Ayah sering sakit sewaktu
dalam penjara. Doktor mengesahkan ayah mengidap penyakit paru2 berair. Mungkin
juga disebabkan oleh tabiat ayah yang kuat merokok dulu. Setelah menjalani
hukuman selama duabelas tahun, ayah meninggal dunia di dalam penjara… inna
lillah hiwainna ilia hiro ji’uun!! al-Fatihah buat ayahku.
Namun aku begitu terkilan tidak dapat menatap wajah ayahku
buat kali terakhir kerana ketika itu aku sedang belajar di luar negara. Hanya
surat2 dari ayah yang menjadi pengubat rindu. Semasa aku di luar negara, kami
tak putus2 mengutus surat bertanyakan khabar masing2. Berjurai2 airmataku bila
mendapat panggilan talipon dari warden penjara berita tentang pemergian ayahku.
Amira dan Amirul lebih bernasib baik kerana dijaga dan
dibesarkan oleh keluarga angkat yang sungguh baik. Alhamdulillah.
Pak Hj Omar dan Mak Hjh Aminah adalah pasangan suami isteri
dlm lingkungan umur empat puluhan ketika mereka mengambil Amirah dan Amirul
ketika itu. Mereka bukanlah orang yang mewah tapi segala2nya mencukupi.
Alhamdulillah. Allah SWT Maha Adil. DIA tidak memberikan sepenuh rezekiNYA pada
hamba2NYA. Ada yang dpat rezeki harta. Ada yang dapat rezeki anak2 yang ramai.
Ada yang dapat rezeki kesihatan yang baik yang berpanjangan. Begitu jugalah
dengan Pak Hj Omar dan Mak Hjh Aminah. Semuanya mencukupi kecuali zuriat!!!
Amirah ketika itu berusia tujuh tahun dan Amirul empat
tahun. Mereka tidak mempunyai cahayamata. Merekalah yang membesarkan Amirah dan
Amirul. Merekalah yang mendidik adik2ku sehingga berjaya ke menara gading. Aku
memilih untuk tidak tinggal bersama keluarga Pak Hj Omar atas pilihan aku
sendiri. Aku lebih senang tinggal di rumah kebajikan. Apa yang penting ketika
itu ialah kehidupan yang lebih selesa dan masa depan adik2ku terjamin.
Alhamdulillah. Walaupun berjauhan ketika itu, aku sering juga menjenguk adik2ku
di rumah Pak Hj Omar. Begitu juga dgn Pak Hj Omar yang setiap bulan pasti akan
membawa adik2ku melawat aku di rumah kebajikan. Semasa aku masih di luar
negara, mereka jugalah yg selalu membawa adik2ku menziarah ayahku di penjara.
Pak Hj Omar dan Mak Hjh Aminah bagaikan pengganti ibu dan
ayahku yg telah pergi. Alhamdulillah…Allah SWT Maha Besar rezeki dan
pemberianNYA. Selama tujuh tahun aku di luar negara, Pak Hj Omar tidak pernah
putus mengirimkan duit belanja untuk aku walaupun aku mendapat biasiswa penuh.
Malah, di hari graduasiku, Pak Hj Omar dan Mak Hjh Aminah hadir bersama2 Amirah
dan Amirul!!! ya Allah…ya Rahman….ya Rahim. Dengan bangganya aku perkenalkan
kepada kawan2ku mereka adalah keluargaku!!!
Aku tidak tersilap membuat keputusan. Keputusan untuk
membenarkan Pak Hj Omar menjadi keluarga angkat kpd adik2ku dan juga keputusan
aku utk terus tinggal di rumah kebajikan itu.
Begitu juga dengan adik2ku. Aku berasa bangga dan bersyukur
ke hadrat Allah SWT. Amirah kini bakal bergelar doktor pakar kanak2 dan Amirul
bakal bergelar pensyarah dalam bidang usuluddin. Aku sendiri pun sudah
hampir tiga tahun menjadi pakar mata di salah sebuah hospital kerajaan.
Alhamdulillah. Ini semua adalah berkat doa ibu dan ayahku dan usaha gigih Pak
Hj Omar dan Mak Hjh Aminah mendidik dan menjaga kami adik beradik. Aku pasti
mereka berdua pun merasa bangga dgn kejayaan kami adik beradik. Syukur
Alhamdulillah.
Seperkara yang aku agak terkilan ialah belum ada antara aku,
Amirah ataupun Amirul yang sudah berumahtangga yang dapat memberikan cucu pada
Pak Hj Omar dan Mak Hjh Aminah. Lebih terkilan lagi ialah Pak Hj Omar telah
kembali ke Rahmatullah setahun yang lalu. Sejak pemergian Pak Hj Omar, Mak Hjh
Aminah mempelawa aku tinggal dengannya bersama adik2ku yg lain. Memandangkan
keadaan Mak Hjh Aminah yang kian uzur, aku tidak menolak pelawaannya. Rumah
peninggalan arwah Pak Hj Omar pun mmg lebih dari cukup untuk kami berempat.
Alhamdulillah. Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNYA
aku tiga beradik diketemukan dengan sepasang suami isteri yang sanggup menjadi
“ibu dan ayah” yang berhati mulia yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang
ringgit untuk mendidik dan membesarkan kami lebih2 lagi adik2ku.
Aku begitu terharu bila mendapat tahu yang selain dari
Mak Hjh Aminah dan pihak Baitulmal, nama Amirah, Amirul dan nama aku juga
termasuk dalam wasiat yang ditinggalkan oleh Pak Hj Omar. Ya Allah…besar
sungguh sumbangan dan jasa orang tua itu. Hanya Allah SWT sahajalah yang akan
membalas segala kebaikannya…in shaa Allah.
Satu kenangan yang paling aku tidak akan lupakan ialah di
pagi Aidil Fitri tiga tahun lalu. Waktu itu aku sudah tamat belajar dan baru
pulang ke tanahair. Seusai solat dan khutbah Aidil Fitri, Pak Hj Omar bergegas2
nak balik segera ke rumahnya. Tak sabar nak makan ketupat dan rendang isteri
bersama2 anak2, katanya!!!
Setiba di rumah, Mak Hjh Aminah sedang duduk di atas
sofa di ruang tamu. Amirah dan Amirul pun ada di sebelah nya. Memang dari dulu
lagi aku perhatikan. Kasih sayang Pak Hj Omar dan Mak Hjh Aminah pd Amirah dan
Amirul tidak pernah nmpak langsung yang adik2ku itu cuma anak2 angkat. Pernah
terjadi, Mak Hjh Aminah memarahi seseorang di pasar kerana orang itu bertanya
adakah Amirah dan Amirul itu anak angkatnya. Sejak dari itu, tidak ada seorang
pun masyarakat di situ yang berani bertanya perihal status Amirah dan Amirul
dengan keluarga Pak Hj Omar dan Mak Hjh Aminah.
Kami berlima pun duduk berdekatan. Pak Hj Omar pun memulakan
bicaranya. “Selama ini ayah cuma mendengar panggilan “ayah” dari Amirah dan
Amirul sahaja. Belum pernah lagi ayah mendengar panggilan “ayah” yang datang
dari mulut kamu, Hakim”!! kata Pak Hj Omar kepadaku.
Aku tergamam. Adik2ku juga tergamam .
Cuma Mak Hjh Aminah yang tersenyum. Senyuman yang menanti
apa yang akan aku katakan.
Belum sempat aku bersuara, Mak Hjh Aminah mencelah. “Benar
tu Hakim. Ibu pun selama ini hanya mendengar panggilan “ibu” dari Amirah dan
Amirul sahaja sedangkan ibu rasa ibu dan ayah ada tiga orang anak. Tiga orang
anak yang menjadi kebanggaan ibu dan ayah. Tiga orang anak yang sentiasa
dalam doa ibu dan ayah ini. Tiga orang anak yang tidak pernah sedikit pun
engkar dan melukakan hati ibu dan ayah. Jadi, sebelum kami menutup mata,
gembirakanlah dan ceriakanlah hati ibu dan ayah kamu ini”.
Selesai sahaja ucapan Mak Hjh Aminah, airmataku tidak dapat
ku tahan lagi. Aku sujud di kaki Mak Hjh Aminah sambil mengucapkan perkataan
“ibu”!!!
“Maafkan Hakim, ibu. Maafkan Hakim kalau selama ini Hakim
membuatkan ibu dan ayah memendam rasa. Memang Hakim rindu sangat untuk
memanggil “ibu” dan “ayah” tp Hakim rasa malu sebab Hakim tidak serapat Amirah
dan Amirul dgn ibu dan ayah!!! kataku dalam keadaan terisak2.
“Ibu dan ayah tidak pernah membeza2kan antara Amirah atau
Amirul ataupun kamu, Hakim. Kamu bertiga bagaikan zuriat ibu dan ayah sendiri.
Kamu bertiga bagaikan darah daging ibu dan ayah. Ibu dan ayah rasa seperti
darah kami mengalir dlm tubuh kamu bertiga. Hanya Allah SWT sahaja yang
dapat memisahkan kita. Ibu dan ayah sentiasa bersyukur ke hadrat Allah SWT
kerana dianugerahkan anak2 yg begitu baik untuk hidup bersama kami.
Alahmdulillah…ibu dan ayah dapat buat yang terbaik untuk kamu bertiga hingga
berjaya” jelas Mak Hjh Aminah untuk menenangkan hatiku.
Selesai dengan Mak Hjh Aminah, kini giliran Pak Hj Omar
pula. Dengan curahan airmata, aku memeluk orang tua itu dengan ucapan yang sama
seperti dengan Mak Hjh Aminah tadi. Tak kurang juga orang tua itu dengan
airmatanya. Tanpa ku sedari, Amirah dan Amirul juga menerpa ke arah Mak Hjh
Aminah.
“Ibuuuuu….” Amirah dan Amirul bersuara serentak sambil
terisak2.
“Maafkan Mirah atas segala kesilapan dan kesalahan Mirah pd
ibu. Halalkan makan minum Mirah selama ini. Mira sayangkan ibu dan ayah dunia
akhirat. Ibu dan ayah sentiasa dalam doa Mirah. Ibu dan ayah telah mendidik dan
membesarkan kami dengan penuh kasih sayang sehingga kami berjaya. kami
bersyukur Allah SWT telah menghadiahkan pada kami yang lebih baik setelah DIA
mengambil sesuatu yang berharga dari kami”….kata Amirah dalam sedu sedannya.
Terus Mak Hjh Aminah mendakap dan mencium dahi Amirah sepuas2nya. Begitu juga
dengan Amirul. Dipeluknya seerat2nya.
Kelima2 anak-beranak itu menangis bagaikan meratap kematian
seseorang.
“Abang Hakim…. Abang Hakim” Tiba2 ada suara memanggil
namaku. Aku tersentak dari lamunan. Siapa pula yang memanggil aku abang ni?
Seingat aku, Amirah dan Amirul tidak mengikut aku bersama tadi.
“Jauh termenung tu?? Teringatkan siapa ya?” suara itu terus
menyapaku.
Terpacul di ruang tamu rumah usangku sekujur tubuh gadis
yang kecil molek. Lalu ku balas…”siapakah ini ya?”
“Memanglah abang takkan ingat atau kenal saya lagi. Saya
Lina. Kawan sepermainan Amirah dulu. Abang
saya Hashim yang sebaya dengan abang Hakim. Anak kepada Imam Halim” jelas gadis
itu. “Abang ingat tak?” tanyanya lagi.
Puas aku cuba mengimbas kembali kenangan2 zaman silamku
kalau2 ada yang masih segar dalam memori ingatanku. Memang ada kenangan dengan
Hashim tapi bukan dengan gadis yang bernama Lina ini.
Sedang aku berbual2 dengan Lina, tiba2 kedengaran seperti
kereta menghampiri rumahku. Memang benar. Bukannya sebuah kereta tetapi dua
buah kereta yang datang. Sebuah kereta yang ku kenali ialah kereta Amirah.
Amirah datang bersama Amirul dan juga ibuku. Sebuah kereta lagi keluarga Lina
rupanya. Hashim yang memandu. Datang bersama Imam Hj Halim dan isterinya, Hjh
Fatimah.
Berpelukan aku dengan Hashim. Kemudian dengan Imam Hj Halim.
Aku masih ingat lagi. Imam Hj Halim lah yang telah
menguruskan jenazah arwah ibuku dahulu. Dia jugalah yang telah menenangkan
arwah ayahku di hari pengkebumian arwah ibuku. Sedang tangannya bergari, arwah
ayah menangis dan meraung penuh penyesalan.
Imam Hj Halim jugalah orang yang telah menyelamatkan rumah
pusaka ibu dan ayah ini dari ditukar hakmilik ke tangan orang yang tidak
berhak. Kini tertunai sudah amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya.
“Hakim, kamu ambillah kembali segala surat2 dan geran tanah
yang selama ini aku simpan sebagai pemegang amanah ke atas hak kamu dan adik2
kamu. Ada juga surat berupa wasiat dari arwah ayah kamu di dalam sampul surat
itu. Kamu buka dan bacalah nanti di hadapan adik2 kamu dan juga ibu kamu ini.”
kata Imam Halim kepadaku. “Seperkara lagi yang perlu engkau tahu ialah tentang
arwah ayah kamu Pak Hj Omar tu”. sambungnya lagi.
“Perkara apa tu Imam?” tanyaku dengan penuh hairan.
“Sebenarnya, Pak Hj Omar itu ada pertalian saudara dengan aku. Arwah datuk aku
dengan arwah datuk Pak Hj Omar tu adalah adik-beradik lain emak. Jadi kami
adalah dua pupu” Imam terus bercerita. “Bila saja kamu dihantar ke rumah
kebajikan tu, aku hubungi Pak Hj Omar dan menerangkan cerita sebenarnya pada
dia. Arwah bukan sekadar terharu mendengar cerita tentang kamu malah dia
bersungguh2 ingin mengambil kamu tiga beradik sebagai anak2 angkatnya. Mak Hj
Aminah pun berasa terlalu gembira dan mengikut perancangan Pak Hj Omar.
Alhamdulillah. Allah SWT permudahkan segala perancangan arwah. Bersyukurlah
kamu semua ke hadrat Illahi yang telah mempertemukan kamu dgn keluarga arwah
dan Mak Hj Aminah dan menjadi satu keluarga yang bahagia dan berjaya’’.
Sambung Imam Halim lagi…”Hakim, sudah sampai masanya kamu
mengambil alih segala warisan dan peninggalan arwah ayah kamu. Kamu uruskanlah
sebaik mungkin. Berpakatlah kamu tiga beradik tentang perancangan kamu
seterusnya. In shaa Allah, aku akan tolong yang mana termampu”.
Selesai sahaja Imam Halim bercakap, ibuku pula meyampuk
sambil memandang sinis ke arahku. “Seperkara lagi Hakim. Ibu nie dah semakin
uzur. Bila lagi ibu nak merasa ada cucu?”
Semua yang ada ketawa gembira. Aku terlihat ibuku memandang
Lina dengan penuh senyuman. Begitu juga dengan Imam Halim dan Hjh Fatimah.
Aku faham isihati ibuku. In shaa Allah aku akan tunaikan
hasrat ibuku itu. Kalau Lina yang ibuku berkenan, in shaa Allah Lina lah yang
akan menjadi menantu ibuku. Selama ini pun aku belum pernah ada teman wanita.
Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…aku bersyukur ke hadratMu Ya
Allah yang selama ini memberkati usaha2 kami. yang selama ini merahmati
kehidupan kami. Ya Allah…Engkau teguhkanlah dan Engkau kuatkanlah hati2 kami
agar kami sentiasa berada di landasan yang Engkau redhai Ya Allah….aamiin. Ya
Rabbal Aa’lamiin.
Sekadar cerita rekaan. Terima kasih.